Tuesday, March 19, 2013

~PERKENALAN ~

Cinta datang dan pergi tanpa diundang mahupun diusir.. Apabila bercinta, dunia seakan milik kita, tapi, bila putus cinta, terasa bagai tiada lagi hari esok.

Begitulah pengalaman kami berdua.. Cerita yang hampir sama tetapi berbeza sedikit dari segi pengakhirannya..

Perkenalan kami bukanlah melalui surat,facebook,mahupun rakan2..tapi kenal kerana bekerja di pejabat yang sama.

Actually pertama kali dekat dengan si dia masa pergi makan di Mee rebus Mak Jah kat Wangsa Walk Mall. Dari situlah dapat kenal dan tengok secara lebih dekat. Ermm..boleh tahan orangnya..

Setiap kali terserempak dengan dia, hati mesti berkobar2..tak pasti kenapa.

Kalau dengar betul2 lirik Ainan Tasneem - Aku Suka Dia, seriusly perjalanan perkenalan kami macam tu. Sebab tu la kalo dengar lagu tu, mesti teringat dia. ^_^


31 Oktober 2013 - Dia betul2 buat suprise.. Letak bunga dan sekeping nota, melamar diri ini untuk menjadi yang teristimewa dalam hidup dia.. Menangis beb..Terduduk masa baca notes tu actually.. Pertama kali, I kena proposed macam tu.. Terharu sangat.. Thanks dear.. Your so romantic!!